September 2012 - Aktiviti 7

  • Majlis Setulus Ingatan Sejambak Kasih  
       
    PUTRAJAYA 20 September ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Majlis Setulus Ingatan Sejambak Kasih malam tadi. Majlis yang berlangsung di Hotel Marriot, Putrajaya tersebut diadakan sempena pertukaran mantan Setiausaha SPA, YBhg. Dato' Lamien Sawiyo. Beliau telah bertukar ke Parlimen berkuatkuasa pada 11 September 2012 yang lalu. Hadir sama, Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Bin Adam dan Ahli-Ahli Suruhanjaya. Turut hadir Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Encik Zainal Abidin Ahmad serta warga SPA. Majlis turut diserikan dengan persembahan tarian daripada Jabatan Kesenian dan Kebudayaan serta persembahan nyanyian daripada warga SPA.----- MediaSPA

Aktiviti 7

Aktiviti 7