September 2013 - Aktiviti 8

  • S.P.A Beri Penjelasan Kepada CUEPACS

    SPA 19 September ----- Pengerusi S.P.A. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan keperluan ujian Body Mass Index (BMI) melibatkan pegawai Kenaikan Pangkat Secara Lantikan dalam urusan ujian fizikal Pegawai Penguatkuasa Gred N41 di KPDNKK dan JPJ. Hadir sama Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Encik Zainal Abidin Ahmad, wakil pegawai dari JPA, KPDNKK dan JPJ . Mesyuarat yang diadakan di bilik Mesyuarat Suruhanjaya itu turut dihadiri Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), YBhg. Datuk Omar Osman. Dalam laporan akhbar semalam, CUEPACS meminta agar Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) melonggarkan syarat ujian BMI bagi pegawai KPSL untuk jawatan beruniform. Sehubungan itu, YBhg. Datuk Omar telah diberikan penerangan lanjut oleh YBhg. Tan Sri Mahmood mengenai kepentingan ujian BMI tersebut terutama untuk jawatan beruniform. YBhg. Tan Sri juga turut menjelaskan kepada CUEPACS bahawa pegawai KPSL sebenarnya telah pun diberikan kelonggaran syarat BMI dan turut diberi pelbagai keistimewaan berbanding calon lantikan terus. Satu sidang media turut diadakan di tempat yang sama selepas mesyuarat berakhir. ----- MediaSPA

Aktiviti8

 

Aktiviti8

 

Aktiviti8

 

Aktiviti8