September 2015 - Aktiviti 10

  • BERITA RINGKAS 10 Sept ----- "Jangan runtuhkan moral diri sendiri melalui sosial media" ---- Pengerusi S.P.A

    KOTA KINABALU 9 Sept ----- Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak mengingatkan warga S.P.A supaya jangan terlalu mudah meruntuhkan moral diri sendiri dengan secara sengaja atau tidak sengaja melalui sosial media. Beliau berkata demikian di majlis perhimpunan bulanan anjuran urus setia S.P.A Cawangan Sabah, di Kota Kinabalu petang semalam. Tambahnya lagi kita sebagai penjawat awam juga mestilah setia kepada kerajaan semasa yang memerintah. “Jangan menokok tambah isu-isu yang boleh menjejaskan perkhidmatan awam atau kerajaan yang sengaja direka oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab” tegasnya. Di akhir majlis, Dato’ Seri Arpah telah melancarkan Ekosistem Kundusif Sektor Awam (EKSA) peringkat S.P.A. ----- MediaSPA

Aktiviti10_1

 

Aktiviti10_2

 

Aktiviti10_3