September 2017 - Aktiviti 6

  • BERITA RINGKAS 27 September ----- Lawatan Kerja SPA Ke Pusat Latihan RELA Wilayah Utara

    SUNGAI PETANI, KEDAH ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya dan lawatan kerja ke Pusat Latihan RELA Wilayah Utara di Sungai Petani, Kedah semalam. Delegasi SPA diketuai oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Hadir sama Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad dan pegawai-pegawai kanan SPA. Satu sesi taklimat mengenai aktiviti-aktiviti RELA dan isu-isu berkaitan telah disampaikan oleh Ketua Pengarah RELA, Tuan Zulkifli Abidin. Delegasi SPA juga turut berpeluang menghadiri sesi latihan menembak di lapang sasar pusat latihan RELA bersama pegawai-pegawai RELA. Terdahulu, YBhg.Tan Sri Arpah mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Suruhanjaya Bil 29/2017 .----- MediaSPA

Aktiviti6_1

 

Aktiviti6_2

 

Aktiviti6_3

 

Aktiviti6_4