Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Dengan semangat merdeka
Tertubuhnya Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Malaysia
Satu badan yang penuh berwibawa

Bebas adil & berkesan
Asas segala urusannya
Melaksanakan fungsi perlembagaan
Mencorak perkhidmatan awam Negara

Kualiti menjadi teras perkhidmatan
Mudah cepat tepat asas tindakan
Nilai etika murni diamalkan
Mendokong perkhidmatan cemerlang

Sentiasa bertekad & berusaha
Menempuh arus kemajuan
Berbekal semangat yang waja
Bergerak mencapai wawasan
Lagu oleh:
Abdul Rahman bin Jaafar
dan
Allahyarham Alias bin Jamsuri
Lirik oleh:
Tuan Haji Zolkiflie bin Rasip