Perkhidmatan Utama

Urusan Pengambilan

Urusan Pengambilan Ke Perkhidmatan Awam [Bahagian Pengambilan]
Urusan pengambilan bermula dengan permohonan yang diterima melalui Borang PG-SPA dari Kementerian/Jabatan. Terlebih dahulu, status calon simpanan jawatan yang dipohon akan disemak dan tawaran akan dibuat kepada calon simpanan jika ada. Seterusnya proses yang terlibat adalah proses pemerolehan calon dari Bank Data Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, penyediaan Penyata Lembaga Permulaan (PLP), urusan temu duga, penyediaan Kertas Suruhanjaya dan kemudian proses tawaran kepada calon yang berjaya.

Sistem Mengambil Sepanjang Masa (eSMSM) [Panduan SMSM...]
Urusan pengambilan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia kini menggunakan sistem berkomputer sepenuhnya, yang dikenali sebagai Sistem Mengambil Sepanjang Masa, atau ringkasannya SMSM. Sistem ini diperkenalkan dalam bulan Januari 1997. Di bawah SMSM, permohonan jawatan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun. SMSM memudahkan urusan pendaftaran permohonan, tapisan, penyenaraian calon lantikan dan simpanan, penjadualan temu duga, penentuan tempat temu duga dan tawaran jawatan. Di bawah sistem ini pemohon boleh mengemukakan permohonan secara atas talian di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Jawatan Yang Dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia [Selanjutnya...]
Maklumat mengenai deskripsi senarai jawatan seperti deskripsi tugas, syarat lantikan, kod skim, gred, gaji mula, imbuhan tetap khidmat awam (ITKA), imbuhan tetap perumahan dan bantuan sara hidup (COLA) yang boleh dipohon oleh calon mengikut kelayakan berikut:
--Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah
--Diploma/ STP/ STPM/ STAM/ HSC
--Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia
--SPM/ SVM
--PMR/ PT3
--Kelayakan Bakat
--Latihan Separa Perubatan

Bagaimana Untuk Memohon [Selanjutnya...]
Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan boleh mendaftarkan permohonan pekerjaan melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia bagi permohonan pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan serta Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis.

Semakan Penjadualan & Keputusan
Maklumat mengenai jadual temu duga/peperiksaan dan keputusan temu duga/peperiksaan boleh dicapai melalui Portal dan Facebook Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia sepanjang masa.

Calon boleh juga menyemak melalui pautan Penjadualan & Keputusan

Hari Kerjaya SPA [Selanjutnya...]
Hari Kerjaya SPA merupakan program bersemuka di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia yang dijalankan secara tahunan. Program ini akan dianjurkan dalam skala yang kecil di lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara..

Urusan Perkhidmatan

Pengesahan Pelantikan [Selanjutnya...]

Penentuan Gaji Permulaan [Selanjutnya...]

Pelanjutan Tempoh Percubaan [Selanjutnya...]

Pengesahan Dalam Perkhidmatan [Selanjutnya...]

Pemberian Taraf Berpencen [Selanjutnya...]

Urusan Pertukaran (Pertukaran Perkhidmatan, Pertukaran Pelantikan, Pertukaran Sementara/Peminjaman, Pertukaran Tetap, Pelepasan Untuk Pertukaran Sementara/Peminjaman) [Selanjutnya...]

Kembali Ke Dalam Skim Perkhidmatan Terdahulu [Selanjutnya...]

Pembatalan Tawaran Pelantikan [Selanjutnya...]

Penamatan Perkhidmatan [Selanjutnya...]

Naziran Urusan Perkhidmatan [Selanjutnya...]