Breadcrumb Breadcrumb

Pengurusan Maklumat Pengurusan Maklumat

Pengurusan Maklumat

Objektif

  • Membantu mempertingkatkan kecekapan urusan Suruhanjaya melalui penggunaan Teknologi Maklumat.

Fungsi

  • Memberikan khidmat sokongan dalam bidang ICT kepada semua bahagian termasuk SPA Cawangan Sabah dan Sarawak.

Piagam Pelanggan

  • Bahagian Pengurusan Maklumat bertanggungjawab untuk memberi khidmat komputer dengan cekap, tepat, selamat dan mengikut jadual. Untuk mencapai hasrat ini, kami warga Bahagian Pengurusan Maklumat dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan:
    • Memberi layanan khidmat komputer yang sempurna dan saksama kepada pengguna teknologi maklumat.
    • Menyedia dan menyenggara sistem aplikasi mengikut spesifikasi dan jadual pelaksanaan yang dipersetujui.
    • Menyedia panduan pengguna bagi sistem aplikasi yang dibangunkan.
    • Menyedia perkhidmatan kemasukan data mengikut jadual yang dipersetujui.
    • Memberi khidmat bantuan dalam masa empat (4) jam kepada pengguna selepas menerima aduan melalui meja bantuan dan maklumat aduan/pembaikan akan direkodkan dalam Borang Aduan Kerosakan.
    • Memastikan data pengguna adalah selamat dan diakses oleh pengguna yang sah sahaja.
    • Memastikan pengguna diberi latihan penggunaan sistem aplikasi dan pendedahan asas tentang komputer.
    • Meningkatkan khidmat komputer yang cekap, berkesan dan dinamik berteraskan pembaharuan yang berterusan.

Aktiviti Utama Bahagian Pengurusan Maklumat

  • Aktiviti unit di Bahagian Pengurusan Maklumat adalah seperti berikut:-

    Unit Polisi dan Pengurusan ICT

    • Dasar dan Perancangan ICT
    • Pelaksanaan MS ISO 9001:2008 Sistem Pengurusan Kualiti
    • Pelaksanaan MS ISO 27001:2013 Information Security Management System (ISMS)
    • Mengurus keselamatan ICT SPA

     

    Unit Pangkalan Data & Sokongan Teknikal

    • Merekabentuk pangkalan data
    • Mentadbir/mengurus pangkalan data sistem eSMSM, eSPDM dan SISPEK
    • Pengawalan keselamatan pangkalan data
    • Penyelenggaraan Sistem Pengurusan dan Penyelenggaraan Aset (AMMS)

     

    Unit Operasi Pusat Data dan Rangkaian dan Keselamatan

    • Menyediakan jadual penyenggaraan perkakasan dan perisian sistem
    • Perancangan luar jangka keselamatan komputer
    • Merancang & mereka bentuk sistem rangkaian
    • Mentadbir & mengurus sistem rangkaian
    • Menyedia & mengemaskini dokumentasi sistem rangkaian
    • Menyelia tatacara penyenggaraan

     

    Unit Portal dan Multimedia

    • Mengurus dan mengemaskini maklumat Portal SPA
    • Menyedia dan menguruskan kemudahan Intranet dan Portal SPKP
    • Membangunkan aplikasi multimedia dan kiosk
    • Mengurus dan mengemaskini Intranet SPA
    • Penyelenggaraan Sistem Semakan Online
    • Penyelenggaraan Sistem Maklumat Kakitangan (eStaff)
    • Penyediaan bahan grafik dan montaj

     

    Unit Aplikasi Sokongan dan Latihan

    • Membangunkan sistem menggunakan perisian Open Source
    • Merancang dan mengendalikan latihan ICT dan teknikal kepada Pegawai SPA
    • Penyelenggaraan aplikasi Sistem Kertas Suruhanjaya Elektronik (eKS)
    • Penyelenggaraan aplikasi eRuling
    • Penyelenggaraan aplikasi Sistem Lantikan Kontrak (SLK)
    • Penyelenggaraan aplikasi Sistem Pengurusan Surat (eSurat)
    • Penyelenggaraan aplikasi Sistem Kemaskini Emel Calon
    • Penyelenggaraan aplikasi eCirculation (SPKP)
    • Penyelenggaraan aplikasi Sistem Pengurusan Pertanyaan/Aduan Pelanggan (ePertanyaan)
    • Penyelenggaraan aplikasi Sistem Pengurusan Latihan

     

    Unit Aplikasi Pengambilan

    • Mengenalpasti keperluan pengguna aplikasi
    • Membangunkan aplikasi
    • Mereka bentuk pangkalan data aplikasi
    • Penyelenggaraan kod-kod aplikasi
    • Menyedia & mengemaskini dokumentasi aplikasi
    • Menyedia tatacara penyenggaraan & pengemaskinian aplikasi
    • Penyelenggaraan aplikasi Sistem Mengambil Sepanjang Masa (eSMSM)
    • Penyelenggaraan aplikasi Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i)
    • Penyelenggaraan aplikasi Semakan Status Permohonan
    • Penyelenggaraan aplikasi Sistem Permohonan Pengisian Jawatan oleh Kementerian/Jabatan (ePengisian)
    • Penyelenggaraan aplikasi Sistem Setuju Terima Tawaran Pelantikan
    • Penyelenggaraan aplikasi Sistem Pengurusan Peperiksaan Berkomputer (SISPEK)

     

    Unit Aplikasi Perkhidmatan

    • Mengenalpasti keperluan pengguna aplikasi
    • Membangunkan aplikasi
    • Mereka bentuk pangkalan data aplikasi
    • Penyelenggaraan kod-kod aplikasi
    • Menyedia & mengemaskini dokumentasi aplikasi
    • Menyedia tatacara penyenggaraan & pengemaskinian aplikasi
    • Penyelenggaraan aplikasi Sistem Pemantauan Urusan Perkhidmatan, Kenaikan Pangkat dan Tatatertib (eSPDM)

     

    Unit Pentadbiran Am

    • Kewangan
    • Bajet
    • Surat-menyurat dan sistem fail
    • Personel
    • Latihan
    • Inventori peralatan pejabat