Breadcrumb Breadcrumb

Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27 Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27

Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27

GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,362.00 RM5,092.00 RM145.00
  • Kumpulan: Sokongan
  • Kem/Jab:Pelbagai Kementerian/ Jabatan
  • Jadual Gaji:
  • Syarat Lantikan:
      1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
        [ Gaji Permulaan: RM1,362.00 ]
      2. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
        [ Gaji Permulaan: RM1,362.00 ]
      3. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada instituisi-instituisi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
        [ Gaji Permulaan: RM1,661.95 ]
      4. Bekas Inspektor Polis Diraja Malaysia atau Leftenan Angkatan Tentera Malaysia atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
        [ Gaji Permulaan: RM1,362.00 ]
    1. mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
      1. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu; dan
      2. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita; dan
      3. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26 atau bagi calon PSL ukuran BMI di antara julat 19 hingga 30; dan
      4. mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja); dan
      5. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
      6. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
      7. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
    2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penguatkuasa adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    1. mempunyai kelayakan di atas; dan
    2. lulus Peperiksaan Khas; dan
    3. had umur pelantikan:
      - berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      - berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun ; atau
      - berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
  • Deskripsi Tugas :
    1. Kementerian Dalam Negeri
      Membuat pemeriksaan ke atas premis-premis yang menjalankan aktiviti menyewa, menjual atau mengedar filem di bawah Akta Filem (Penapisan) 1952 (Pindaan 1980), menjalankan siasatan kes-kes rampasan dan menjalankan tugas-tugas pendakwaan di Mahkamah.
    2. Kementerian Pengangkutan
      Menjalankan tugas-tugas operasi dan penguatkuasaan, pendakwaan mahkamah, perlesenan dan ujian memandu serta pendaftaran kenderaan.
    3. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
      Menjalankan pemeriksaan ke atas premis-premis perniagaan bagi menguatkuasakan undang-undang di bawah akta-akta berkaitan, memproses permohonan lesen barang-barang berjadual dan menjalankan tugas-tugas penyerahan/penentuan Akta-akta Timbang dan Sukat.
    4. Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan)
      Bertanggungjawab membantu mengurus Pentadbiran am dan Kewangan Bahagian/ Cawangan Penguat Kuasa Negeri, menjalankan pemeriksaan perisikan, serbuan dan kes-kes pendakwaan mahkamah.