Breadcrumb Breadcrumb

Penolong Pegawai Latihan Gred E27 Penolong Pegawai Latihan Gred E27

Penolong Pegawai Latihan/ Pegawai Latihan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)

  • Kumpulan:Pelaksana/ Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Kem/Jab:Pelbagai Kementerian/Jabatan
  • Jadual Gaji:
    GRED GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN
    GAJI TAHUNAN
    E29 RM1,493.00 RM5,672.00 RM 145.00
    E41 RM2,083.00 RM9,549.00 RM 225.00
  • Syarat Lantikan:
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI LATIHAN GRED E29
      1. Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred E29 : RM1,624.00); atau
      2. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred E29 : RM1,643.40); atau
      3. diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred E29 : RM1,770.95).
      KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PEGAWAI LATIHAN GRED E41
      1. ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,083.00); atau
      2. ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,286.57); atau
      3. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setarf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,490.99); atau
      4. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setarf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,797.62); atau
      5. Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
        (Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,797.62); atau
      6. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
        (Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,899.83); atau
      7. Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia
        (Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM3,002.03)
  • Syarat Bahasa Melayu
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Deskripsi Tugas :
    Bertanggungjawab mengajar secara teori dan amali di dalam salah satu bidang yang berkenaan.