Breadcrumb Breadcrumb

Penolong Pegawai Pertanian Gred G27 Penolong Pegawai Pertanian Gred G27

Penolong Pegawai Pertanian Gred G29

  • Kumpulan:Pelaksana
  • Kem/Jab: Kementerian/Jabatan Pertanian
  • Jadual Gaji:
    GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
    RM1,494.00 RM5,674.00 RM 145.00
  • Syarat Lantikan:
    1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. warganegara Malaysia;
      2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
        1. Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi latihan tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,494.00); atau
        2. diploma dalam bidang pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,847.86).
  • Syarat Bahasa Melayu
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Deskripsi Tugas :
    Membantu merancang aktiviti-aktiviti penerangan berhubung dengan polisi projek, menghadiri ceramah, dialog, kursus/latihan, memberi taklimat dan menerbitkan risalah dan bahan terbitan berhubung dengan projek pertanian.