Breadcrumb Breadcrumb

Penolong Pegawai Pendaftaran / Pegawai Pendaftaran Penolong Pegawai Pendaftaran / Pegawai Pendaftaran

Penolong Pegawai Pendaftaran / Pegawai Pendaftaran (Skim Perkhidmatan Bersepadu)

  • Gred: KP29, KP41
  • Kumpulan: Pelaksana, Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Kem/Jab:Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
  • Jadual Gaji:
    GRED GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
    KP29 RM1,493.00 RM5,696.00 RM145.00
    KP41 RM2,081.00 RM9,547.00 RM225.00
  • Syarat Lantikan:
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI PENDAFTARAN GRED KP29
      1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji Permulaan pada Gred KP29 : RM1,493.00);
        atau
      2. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,493.00);
        atau
      3. diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,770.95).
      KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PEGAWAI PENDAFTARAN GRED KP41
      1. Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,081.00);atau
      2. ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,285.00);atau
      3. Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,387.21)
  • Syarat Bahasa Melayu
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pendaftaran adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
      1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
      2. lulus Peperiksaan Khas; dan
    1. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
  • Deskripsi Tugas :
    Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29
    • Pelaksanaan dan Penguatkuasaan Undang-undang
    • Urusan Kad Pengenalan
    • Urusan Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat
    • Urusan Kewarganegaraan
    • Urusan Perkahwinan dan Perceraian
    • Aktiviti Siasatan dan Pendakwaan
    Pegawai Pendaftaran Gred KP41
    Menjadi sumber rujukan kepada mana-mana urusan berkaitan dengan perkara-perkara seperti berikut:
    Urusan Kad Pengenalan
    • kad pengenalan;
    • pindaan butiran kad pengenalan; dan
    • pengurusan rekod/daftar kad pengenalan.
    Urusan Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat
    • kelahiran;
    • kematian;
    • anak angkat; dan
    • pengurusan rekod kelahiran, kematian dan anak angkat.
    Urusan Kewarganegaraan
    • kewarganegaraan;
    • perlucutan kewarganegaraan;
    • perlepashakan kewarganegaraan; dan
    • pengurusan rekod kewarganegaraan.
    Urusan Perkahwinan dan Perceraian
    • perkahwinan;
    • tribunal perkahwinan;
    • perceraian;
    • pindaan butiran perkahwinan dan perceraian; dan
    • pengurusan rekod perkahwinan dan perceraian.
    Urusan Siasatan dan Penguatkuasaan
    • penyiasatan;
    • pendakwaan;
    • perisikan;
    • operasi; dan
    • sistem kawalan keselamatan.