Breadcrumb Breadcrumb

Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 Penolong Pegawai Penerangan Gred S27

Penolong Pegawai Penerangan Gred S29

  • Kumpulan:Pelaksana
  • Kem/Jab:Kementerian Penerangan dan Kementerian Kesihatan
  • Jadual Gaji:
    GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
    RM1,493.00 RM5,672.00 RM145.00
  • Syarat Lantikan:
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
      2. Sijil Tinggi Agama Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
      3. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,770.95)
  • Syarat Bahasa Melayu
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penerangan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
      1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
      2. lulus Peperiksaan Khas; dan
    1. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
  • Deskripsi Tugas :
    1. Kementerian Penerangan
      Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti dan objektif Jabatan, menjalankan tugas pentadbiran dan kewangan di daerah, menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa Tetap dan ‘Adhoc' di daerah dan menyediakan laporan-laporan dan analisa-analisa berhubung dengan isu-isu semasa.
    2. Kementerian Kesihatan Menyelia perkhidmatan tabung darah, peralatan teknikal tabung darah dan mengurus bekalan dan menyimpan inventori tabung darah. Merangka program Kempen Menderma Darah, pameran dan ceramah serta mengurus kebajikan para penderma darah.