Breadcrumb Breadcrumb

Penolong Pegawai Teknologi Makanan Gred C27 Penolong Pegawai Teknologi Makanan Gred C27

Penolong Pegawai Teknologi Makanan Gred C29

  • Kumpulan:Pelaksana
  • Kem/Jab:Kementerian Kesihatan
  • Jadual Gaji:
    GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
    RM1,505.00 RM5,696.00 RM145.00
  • Syarat Lantikan:
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    3. diploma dalam bidang teknologi makanan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,858.12).
  • Syarat Bahasa Melayu
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Deskripsi Tugas :
    Bertanggungjawab menjalankan analisis mikrobiologi dan kimia ke atas contoh-contoh makanan, penyediaan bahan-bahan kimia dan peralatan serta menyediakan laporan-laporan analisis kajian makmal.