Breadcrumb Breadcrumb

Penyelia Jurupakaian Gred N17 Penyelia Jurupakaian Gred N17

Penolong Perancang Bahasa Gred S29

  • Kumpulan:Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Jadual Gaji:
    GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
    RM1,493.00 RM5,672.00 RM145.00
  • Syarat Lantikan:
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
      2. Sijil Tinggi Agama Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
      3. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,770.95)
  • Syarat Bahasa Melayu
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan
    Penolong Perancang Bahasa yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Perancang Bahasa Gred S41 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.
  • Deskripsi Tugas :
    Bertanggungjawab membantu mengurus dan melaksana projek, program dan aktiviti pembinaan dan pengembangan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.