Breadcrumb Breadcrumb

Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29 Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29

Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara
  • Jadual Gaji:
    GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
    RM1,773.00 RM5,674.00 RM145.00
  • Syarat Lantikan:
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      1. diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred L29 : RM1,773.00); atau
      2. diploma undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred L29 : RM1,847.86).
  • Syarat Bahasa Melayu :
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Undang-undang) dan Jurubahasa Gred LA19,LA22,LA26 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Undang-undang Gred L29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
      1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
      2. lulus Peperiksaan Khas; dan
    1. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
  • Deskripsi Tugas :
    Bertanggungjawab kepada Hakim Kanan, membuat taksiran kos Mahkamah Rendah dan menyediakan kertas kerja perundingan bila diperlukan oleh Hakim serta menyelia tugas kakitangan lain di Bahagian Pendaftaran.
  • Senarai Tugas:
    Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29 (Mahkamah Malaysia) :
    • Mengendalikan permohonan-permohonan di bawah Seksyen 117 KPJ di bawah Akta Penagih Dadah (R&P) 1983 dan di bawah Akta Orang-Orang Papa 1977
    • Menerima, menyemak dan menandatangani serta merekod keputusan saman-saman trafik DBKL dan saman-saman dari pelbagai jabatan
    • Mengeluarkan waran-waran menahan, waran tangkap, waran gelidah sapina, perintah mengeluarkan dari tahanan, bon jaminan dan lain-lain
    • Mengendalikan penyata-penyata bulanan, suku tahunan, tahunan dan ad-hoc bersabit dengan semua Mahkamah Majistret Jenayah
    • Pengawasan Pendaftaran Jenayah dan Rayuan serta penyeliaan kakitangan di bawah pengendalian

  • Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29 (Jabatan Peguam Negara) :
    • Menemubual pelanggan dan menentukan perkhidmatan yang diperlukan serta kelayakan pelanggan untuk menerima bantuan guaman
    • Menyemak dan meluluskan draf dokumen berkaitan dengan pelanggan serta kes yang telah disediakan oleh Pembantu Tadbir
    • Menghadiri sebutan atau perbicaraan di mahkamah syariah dan mahkamah sivil apabila diarahkan oleh pengarah
    • Menyediakan laporan mingguan bagi kes-kes yang dikendalikan di mahkamah
    • Memberi khidmat nasihat guaman dalam semua perkara undang-undang
    • Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pengarah dari semasa ke semasa

    Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29 (Jabatan Peguam Negara) :
    • Membuat semakan fail-fail bankrapsi, memastikan fail-fail perbicaraan dalam keadaan teratur serta mematuhi peruntukan undang-undang yang berkaitan sebelum menghadiri pendengaran kes di Mahkamah
    • Menghadiri mahkamah pada tarikh ditetapkan dan memaklumkan mahkamah status kes sama ada dalam keadaan teratur atau pun tidak. Sekiranya tidak teratur, pegawai bertanggungjawab membantu Mahkamah dengan memaklumkan mahkamah perkara-perkara yang belum dipatuhi oleh pihak berkenaan
    • Meminitkan keputusan mahkamah dan menyerahkan kembali fail-fail kepada kerani kebankrapan
    • MMenandatangani surat-surat awalan yang dikeluarkan kepada bankrap kecuali surat kepada pihak Imigresen
    • Menetapkan tarikh temujanji dengan bankrap untuk Soalan Awalan dan penyiasatan lanjut
    • Mengendalikan Soalan Awalan terhadap bankrap bagi mendapatkan maklumat lanjut latar belakang bankrap dan keluarga; senarai tanggungan; pemiutang; maklumat harta bankrap dan pasangannya dan sebagainya. Memberikan penjelasan kepada bankrap hak-hak beliau sebagai bankrap dan permohonan-permohonan yang boleh dibuat dalam tempoh kebankrapan beliau dan menetapkan ansuran bulanan
    • Mengambil tindakan lanjut daripada maklumat yang telah diperolehi dari siasatan yang dibuat dengan menghubungi pihak terlibat termasuk membuat carian di Pejabat Tanah bagi kes-kes yang melibatkan aset bankrap
    • Penetapan tarikh MPP mempengerusikan Mesyuarat Pertama pemiutang sebaik sahaja Penyata Hal Ehwal difailkan oleh bankrap
    • Penetapan tarikh penangguhan MPP sekiranya korum tidak mencukupi;iklan atau warta belum diterbitkan dan sebagainya yang menyebabkan MPP terpaksa ditangguhkan
    • Menguruskan permohonan bankrap dan memberikan penerangan lanjut terhadap sebarang permohonan yang diajukan bankrap:
      1. Permohonan Sanksi di bawah PEruntukan 38(1)(a);
      2. Permohonan Keluar Negara di bawah Peruntukan 38(1)(c);
      3. Permohonan Menjawat Jawatan di bawah Peruntukan 38(1)(d);
      4. Permohonan Bekerja Dengan Ahli Keluarga di bawah Peruntuk 38(1)(e);
      5. Permohonan Keluar Masuk Gaji;dan
      6. Permohonan Pembatalan PP & PP di bawah Seksyen 105
    • Membuat semakan bagi fail-fail lama yang layak untuk perakuan Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia