Breadcrumb Breadcrumb

Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J29 Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J29

Penolong Pemeriksa Kilang dan Jenteraa Gred JA29

  • Kumpulan:Pelaksana
  • Kem/Jab:Kementerian Sumber Manusia
  • Jadual Gaji:
    GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
    RM1,549.00 RM5,701.00 RM145.00
  • Syarat Lantikan:
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      1. Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,549.00); atau
      2. Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,935.02)
  • Syarat Bahasa Melayu
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
      1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
      2. lulus Peperiksaan Khas; dan
    1. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
  • Deskripsi Tugas :
    Pembantu kepada Pemeriksa Kilang dan Jentera. Menyemak reka bentuk dan membuat pemeriksaan ke atas pengandung tekanan, mesin angkat dan alat-alat keselamatan bagi jentera-jentera semasa pembinaan dan yang digunakan di tempat kerja. Membuat pemeriksaan di tapak pembinaan bangunan dan kerja-kerja kejuruteraan. Menyiasat aduan-aduan dan kemalangan di tempat kerja dan membuat laporan serta membuat kerja-kerja pemantauan untuk kesihatan industri.