Breadcrumb Breadcrumb

Pegawai Optometri Gred U41 Pegawai Optometri Gred U41

Pegawai Optometri Gred U41

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
  • Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,429.00 RM9,656.00 RM225.00
 
SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
(a) warganegara Malaysia;  
(b)

berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

 
(c) Ijazah Sarjana Muda Optometri yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta berdaftar dengan Majlis Optik Malaysia.

(Gaji permulaan ialah pada Gred U41: RM2,429.00).

 
 
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
     
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan  
     
DESKRIPSI TUGAS :
Melaksanakan pemeriksaan mata (Optometris dan Orthoptics), perkhidmatan kanta sentuhan, mengukur ‘K-Reading' dan ujian penglihatan warna di hospital-hospital Kerajaan.