Breadcrumb Breadcrumb

Perancang Bahasa Gred S41 Perancang Bahasa Gred S41

Perancang Bahasa Gred S41

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,078.00 RM9,544.00 RM225.00
 
SYARAT LANTIKAN :  
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
(a) warganegara Malaysia;  
(b)

berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

 
(c) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86)

 
 
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  
     
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN  
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Perancang Bahasa adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Perancang Bahasa Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:  
(a)
  1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
  2. lulus Peperiksaan Khas; dan
 
(b) had umur pelantikan:  
 
  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
 
 
DESKRIPSI TUGAS :
  • Bertanggungjawab mendapatkan pengetahuan dan kemahiran tentang perancangan projek khususnya projek penerbitan yang merangkumi aspek penulisan, penterjemahan, penyuntingan, penyediaan manuskrip bersih, proses kerja pra penerbitan, pracetak dan pemasaran buku.
  • Bertanggungjawab menilai dan membuat laporan penilaian manuskrip untuk Jawatankuasa Penerbitan.
  • Bertanggungjawab terhadap segala pengurusan, pengawalan, pemantauan dan pelaksanaan projek yang dikendalikan:
    1. Menyediakan Kertas Awalan projek.
    2. Menguruskan pelantikan Jawatankuasa.
    3. Menguruskan surat-menyurat yang berkaitan dengan pelaksanaan projek.
    4. Menguruskan pelantikan karyawan/pakar bagi tujuan pelaksanaan projek.
    5. Bertindak sebagai urus setia dan memastikan projek yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut prosedur ISO.
    6. Menyediakan laporan pasca aktiviti yang dikendalikan.
* Untuk makluman, jawatan ini hanya dipaparkan untuk iklan kekosongan jawatan di Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja.