Breadcrumb Breadcrumb

Pegawai Penyediaan Makanan Gred C41 Pegawai Penyediaan Makanan Gred C41

Pegawai Penyediaan Makanan Gred C41

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,317.00 RM9,620.00 RM225.00
 
 
SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
(a) warganegara Malaysia;  
(b)

berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

 
(c) ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang pengurusan perkhidmatan makanan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

 (Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,317.00).

 
 
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan  
     
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN  
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Penyediaan Makanan Gred C41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:  
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); dan  
(b) had umur pelantikan:  
 
  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
 
 
DESKRIPSI TUGAS :
Bertanggungjawab dalam pengurusan merancang menu dan perolehan bahan makanan yang diperlukan dalam resipi piawai dan memastikan makanan disediakan selamat, bersih dan berkualiti dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Perolehan bahan makanan basah/mentah dan kering, pengurusan penyimpanan makanan, pra-penyediaan memasak dan penghidangan makanan untuk memastikan dilaksanakan mengikut tatacara yang ditetapkan. Menyelia anggota di bawah jagaan untuk memastikan mematuhi disiplin, tatacara pelaksanaan tugas dan peraturan keselamatan pekerjaan.