Breadcrumb Breadcrumb

Pegawai Geosains Gred C41 Pegawai Geosains Gred C41

Pegawai Geosains Gred C41

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Perkhidmatan Sains
  • Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,317.00 RM9,620.00 RM225.00
 
SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
(a) warganegara Malaysia;  
(b)

berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

 
(c)

 

 
(i) ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang kaji bumi, geofizik, fizik (geofizik), kaji bumi (geofizik) atau kimia yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

 (Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,317.00); atau

 
(ii) ijazah sarjana muda kejuruteraan dalam bidang perlombongan, mineral atau kaji logam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,524.01).

 
 
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
     
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan  
     
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Geosains adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Geosains Gred C41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:  
(a)    
(i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau  
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan  
(b) had umur pelantikan:
  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.