Breadcrumb Breadcrumb

Jurubahasa Serentak Gred N41 Jurubahasa Serentak Gred N41

Jurubahasa Serentak Gred N41

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Parlimen
  • Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,080.00 RM9,546.00 RM225.00
 
SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
(a) warganegara Malaysia;  
(b)

berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

 
(c)    
(i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau

 
(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43); dan

 
(d) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis serta menterjemah secara serentak daripada Bahasa Melayu ke Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris atau Bahasa Perancis atau bahasa-bahasa lain yang berkaitan dan sebaliknya.  
 
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
     
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan  
     
DESKRIPSI TUGAS :
Sebagai Setiausaha Bersama kepada Jawatankuasa Majlis Rasmi Kerajaan bagi istiadat Pembukaan Parlimen, membuat terjemahan serentak semasa mesyuarat Dewan Negara dan Dewan Rakyat, menyunting soalan-soalan Dewan Negara, memberi taklimat serta menjalankan tugas-tugas berkenaan Persatuan Parlimen Komanwel (C.P.A), Persatuan Antara Parlimen-parlimen (I.P.U) dan Pertubuhan Antara Parlimen Asean (A.I.P.O).