Breadcrumb Breadcrumb

Pegawai Perikanan Gred G41 Pegawai Perikanan Gred G41

Pegawai Rancangan Tanah Gred G41

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Jadual Gaji:
     
    Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
    Gaji Tahunan
    RM2,084.00 RM9,551.00 RM225.00
  •  
    SYARAT LANTIKAN :
    1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
    (a) warganegara Malaysia;  
    (b)

    berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

     
    (c) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang perladangan, pertanian atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred G41: RM2,390.37).

     
     
    SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
    2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  
         
    SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN  
    3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Rancangan Tanah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Rancangan Tanah Gred G41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:  
    (a)
    1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau
    2. lulus peperiksaan khas; dan
     
    (b) had umur pelantikan:  
     
    1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.