Breadcrumb Breadcrumb

Arkitek Gred J41 Arkitek Gred J41

Pegawai Berita Gred S41

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Jadual Gaji:
     
    Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
    Gaji Tahunan
    RM2,078.00 RM9,544.00 RM225.00
  •  
    SYARAT LANTIKAN :
    1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
    (a) warganegara Malaysia;  
    (b)

    berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

     
    (c)

     

     
    (i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

    (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,078.00); atau

     
    (ii)

    ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang  yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
     
    (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86)

     
     
    SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
         
    2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan  
         
    SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
    3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Wartawan atau Jurufotografi Gred B29/30, B31/31, B37/38, B39/40 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Berita Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:  
    (a)    
    (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau  
    (ii) lulus Peperiksaan Khas; dan  
    (b) had umur pelantikan:
    1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.