Breadcrumb Breadcrumb

Bentara Parlimen Gred N1 Bentara Parlimen Gred N1

Bentara Parlimen Gred N11

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
  • Jadual Gaji:
    GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
    RM1,216.00 RM2,983.00 RM80.00
  • Syarat Lantikan:
    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
      1. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00).
      2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Deskripsi Tugas:
    Bertanggungjawab memberi perkhidmatan kepada ahli Parlimen semasa dewan bersidang, mengedar surat, risalah dan nota. Memantau keselamatan dan disiplin ahli Parlimen dan pelawat-pelawat dalam dewan. Membantu mengatur buku-buku/risalah-risalah dan Aturan Urusan Mesyuarat (Order Paper) sebelum persidangan dewan bermula. Selain itu, Bentara Parlimen turut membantu mengendalikan persidangan-persidangan antarabangsa serta mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa dewan dan menjalankan tugas-tugas menyambut tetamu yang datang ke Parlimen Malaysia terdiri daripada tetamu kerajaan, para pembesar negara asing, delegasi luar dan dalam negara, badan-badan bukan kerajaan (NGO), para pelajar dan orang awam