Breadcrumb Breadcrumb

Pengawal Keselamatan Gred KP11 Pengawal Keselamatan Gred KP11

Pengawal Keselamatan Gred KP11

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
  • Jadual Gaji:
    GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
    RM1,205.00 RM2,939.00 RM80.00
  • Syarat Lantikan:
    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
      1. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00); atau
      2. bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00).
    3. Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perenggan a) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    4. mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
      1. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
      2. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
      3. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
      4. mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
      5. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
      6. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
      7. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.