Breadcrumb Breadcrumb

Pembantu Hidupan Liar Pembantu Hidupan Liar

Pembantu Hidupan Liar Gred G11 / G19

  • Kumpulan: Sokongan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Kem/Jab: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
  • Jadual Gaji:
    GRED GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
    G11 RM1,200.00 RM2,977.00

    RM80.00

    G19 RM1,357.00 RM4,008.00

    RM100.00

  • Syarat Lantikan:
    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
     
    KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED G11
    1. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred G11: RM1,200.00).
    2. Calon bagi lantikan Pembantu Hidupan Liar Gred G11 hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
     
    KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED G19
    1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,357.00); atau
    2. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,413.40); atau
    3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,469.80).
    4. Calon bagi lantikan ke Pembantu Hidupan Liar Gred G19 hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Deskripsi Tugas:
    Membantu Ketua Daerah menjalankan tugas-tugas pentadbiran jabatan di peringkat daerah, mengetuai unit kakitangan menjalankan tugas penguatkuasaan, pengurusan dan pemantauan hidupan liar serta menjalankan aktiviti program pengembangan jabatan dan menjadi fasilitator kepada kursus-kursus pendidikan. Bertanggungjawab mengetuai kakitangan menjalankan rondaan, ambush dan penggeledahan mengikut Akta Perlindungan Hidupan No. 76/72, menyediakan kertas pertuduhan, mengetuai tugas pengawalan ke atas gangguan hidupan liar, mengawal selia stor dan membantu ketua jabatan menjalankan tugas-tugas pentadbiran.