Breadcrumb Breadcrumb

Pembantu Geosains Gred C17 Pembantu Geosains Gred C17

Pembantu Geosains Gred C19

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Perkhidmatan Sains
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,357.00 RM4,008.00 RM100.00
  • Syarat Lantikan:
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      • warganegara Malaysia;
      • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam salah satu daripada subjek Matematik, Fizik, Kimia atau Sains pada peringkat peperiksaan tersebut.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred C19: RM1,357.00); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred C19: RM1,413.40); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred C19: RM1,469.80).
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.