Breadcrumb Breadcrumb

Pembantu Pegawai Latihan Gred E17 Pembantu Pegawai Latihan Gred E17

Pembantu Pegawai Latihan Gred E19

  • Kumpulan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,353.00 RM4,005.00 RM100.00
  • Syarat Lantikan:
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      • warganegara Malaysia;
      • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
        KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN GRED E19
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Perdagangan pada peringkat peperiksaan tersebut.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,353.00); atau
        • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,353.00); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia dalam perakaunan peringkat tertinggi.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,409.40); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,409.40); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,465.80)
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Deskripsi Tugas:
    Bertanggungjawab mengajar secara teori dan amali dalam salah satu bidang seperti penyediaan makanan / teknologi makanan / pramusaji, kapten dan penyelia makanan / tukang jahit dan pemotong pakaian / jahitan/seni ukir perabot.