Breadcrumb Breadcrumb

Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA17 Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA17

Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA19/JA29

  • Kumpulan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Kem/Jab: Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran dan pelbagai Jabatan/ Agensi Kerajaan/Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis
  • Jadual Gaji:
GRED GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
JA19 RM1,377.00 RM4,052.00 RM100.00
JA29 RM1,549.00 RM5,701.00 RM145.00
  • Syarat Lantikan:
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      • warganegara Malaysia;
      • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
        KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM) GRED JA19
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Pendidikan Seni Visual, Lukisan Geometri atau Lukisan Kejuruteraan pada peringkat peperiksaan tersebut.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred JA19: RM1,377.00); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred JA19:RM1,435.12); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred JA19: RM1,493.24).
        KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG JURUTERA GRED JA29
        • sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29:RM1,549.00); atau
        • diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,935.02).
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Deskripsi Tugas:
    Bertanggungjawab melaksanakan penyediaan lukisan teknikal dan spesifikasi, menyemak lukisan perunding, merekod dan menyelenggara lukisan, menyediakan lukisan kerja, lukisan perunding dan menyediakan laporan serta lain-lain tugas yang berkaitan.