Breadcrumb Breadcrumb

Pembantu Kesatria Gred S17 Pembantu Kesatria Gred S17

Pembantu Kesatria Gred S19

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,355.00 RM4,007.00 RM100.00
  • Syarat Lantikan:
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      • warganegara Malaysia;
      • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau
        • bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat Koperal dan ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).
      • mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
        • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
        • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
        • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
        • mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
        • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
        • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
        • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
    • Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perenggan 1(c)(i), 1(c)(iii) dan 1(c)(iv) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Deskripsi Tugas:
    Bertanggungjawab membantu dalam mengatur sukatan pelajaran kawad, menjalankan latihan kawad seperti peraturan ditetapkan, mengawal serta menguatkuasakan displin di kalangan para pelatih di institusi latihan.