Breadcrumb Breadcrumb

Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17 Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17

Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis dan JAKIM
  • Bertanggungjawab kepada:
    1. Penolong Pengarah/Penolong Setiausaha
    2. Penolong Pegawai
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,355.00 RM4,007.00 RM100.00
  • Syarat Lantikan:
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      • warganegara Malaysia;
      • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta:
          (1) Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan
          (2) Lulus dalam subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi).
          (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Deskripsi Tugas:
    Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan dakwah, pengurusan masjid, akidah, halal, undang-undang Syariah, Baitulmal dan penguatkuasaan.
  • Senarai Tugas:
    Pegawai Kader:
    1. Menyelaras, membantu dan merancang program berkaitan Pendekatan Hadhari (PH), Penerapan Nilai-nilai Islam (PNI), dan Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam (PIPA) di Kementerian/Jabatan/Agensi.
    2. Bertanggungjawab menguruskan program Hadhari dan Pembangunan Insan berkaitan Kursus Tasawwur Islam, Kursus Bina Taqwa dan Kursus Bina Insan kepada pegawai dan kakitangan di Kementerian/Jabatan/Agensi.
    3. Memantau dan menganalisis prestasi dan melapor pelaksanaan Pendekatan Hadhari, Penerapan Nilai-nilai Islam (PNI) dan Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam (PIPA) di Kementerian/Jabatan/Agensi.
    4. Menjadi pakar rujuk dan memberi khidmat nasihat mengenai hal ehwal Islam di Kementerian/Jabatan/Agensi.
    5. Membantu pihak Kementerian/Jabatan/Agensi merancang dan melaksana program berkaitan hari-hari kebesaran Islam di Kementerian/Jabatan/Agensi.
    6. Bertanggungjawab menyediakan bajet tahunan berkaitan dengan program-program keagamaan di Kementerian/Jabatan/Agensi.
    7. Mengajar penghuni agama Islam asa-asas fardhu ain dan al-Quran.
    8. Bertanggungjawab membantu dalam melaksanakan program dan aktiviti berkaitan agama Islam di institusi.
    9. Melibatkan diri dalam program dan aktiviti keagamaan yang diaturkan dan ditetapkan oleh institusi.
    10. Membantu Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam menyediakan laporan aktiviti program agama Islam.
    11. Membantu menyediakan bahan-bahan untuk teks khutbah Jumaat.
    12. Memberi khidmat nasihat kepada penghuni beragama Islam.
    13. Melaksanakan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.