Breadcrumb Breadcrumb

Pembantu Muzium Gred S17 Pembantu Muzium Gred S17

Pembantu Muzium Gred S19

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,355.00 RM4,007.00 RM100.00
  • Syarat Lantikan:
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      • warganegara Malaysia;
      • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam salah satu subjek Sejarah, Kesusasteraan, Sains, Geografi, Fizik, Kimia atau Biologi pada peringkat peperiksaan tersebut.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40) atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Deskripsi Tugas:
    Membantu Penolong Kurator menjalankan penyelidikan dan mengumpulkan koleksi-koleksi Muzium. Membantu menyelenggarakan bahagian pemulihan, membaik pulih, mengawet dan membersih koleksi Muzium untuk dipamerkan. Melukis plan bangunan, ubahsuai bangunan, pejabat atau makmal, plan susun atur balai pameran, plan peti pameran, pemetaan untuk aktiviti cari gali dan sebagainya.