Breadcrumb Breadcrumb

Jururawat Masyarakat Gred U19 Jururawat Masyarakat Gred U19

Jururawat Masyarakat Gred U19

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,360.00 RM4,052.00 RM100.00
  • Syarat Lantikan:
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Jururawat Masyarakat yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia dan Lembaga Bidan Malaysia
      (Gaji permulaan ialah pada Gred U19: RM1,418.12).
    • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan:
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Perawatan Kesihatan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Jururawat Masyarakat Gred U19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    • Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (iii) ; dan
    • Had umur pelantikan
      (i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      (ii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; dan
      (iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
  • Deskripsi Tugas:
    Tugas Jururawat Masyarakat di Rumah Bidan Kerajaan Klinik Desa/Pusat Kesihatan
    • Mengetuai Rumah Bidan Kerajaan/Klinik Desa (bagi Jururawat yang ditempatkan di Rumah Bidan Kerajaan atau Klinik Desa).
    • Memberi perkhidmatan kesihatan ibu mengandung.
    • Memberi perkhidmatan kesihatan bayi/kanak-kanak.
    • Memberi perkhidmatan rawatan ke rumah.
    • Memberi perkhidmatan perancangan keluarga.
    • Memberi pendidikan kesihatan.
    • Menyambut kelahiran bayi.