Breadcrumb Breadcrumb

Juruteknik Perubatan Gred U19 Juruteknik Perubatan Gred U19

Juruteknik Perubatan Gred U19

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,360.00 RM4,052.00 RM100.00
  • Syarat Lantikan:
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      • warganegara Malaysia;
      • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek sains pada peringkat peperiksaan tersebut.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred U19: RM1,360.00).
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Deskripsi Tugas:
    • Mengambil ukuran sama ada secara acuan atau profile semua kerja-kerja ortotik dan yang diarahkan.
    • Memberi tunjuk ajar kepada pesakit cara-cara menggunakan, memasang alatan ortotik dengan betul, cara-cara berjalan atau pergerakan seperti mana yang dikehendaki, cara-cara menjaga alatan tersebut supaya sentiasa berada dalam keadaan yang tidak membahayakan dan tahan lama.