Breadcrumb Breadcrumb

Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U17 Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U17

Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,360.00 RM4,052.00 RM100.00
  • Syarat Lantikan:
    • warganegara Malaysia;
    • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    • a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred U19:RM1,418.12)
      b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan:
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Perawatan Kesihatan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke Jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;
    • Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
    • Had umur pelantikan:
      (i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      (ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      (iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
  • Deskripsi Tugas:
    • Menyambut dan mendaftar pesakit-pesakit.
    • Pembasmian kuman pada perkakasan pergigian.
    • Membantu Pakar Pergigian, Pegawai Pergigian dan Jururawat Pergigian dalam pembedahan pesakit.
    • Mendaftar serta merekod hal-hal kewangan, sijil sakit dan penerangan kepada pesakit.
    • Membantu Pegawai Pergigian dan Jururawat Pergigian semasa lawatan ke sekolah-sekolah.
    • Menempah serta merekod alat-alat kelengkapan, memeriksa inventori dan lain-lain perkakasan seperti troli dan mesin.
    • Menyediakan penyata bulanan dan geraf.
    • Menyediakan bahan-bahan pendidikan kesihatan pergigian.