Breadcrumb Breadcrumb

Dasar Privasi Dasar Privasi

Glosari Urusan Pengambilan

  • URUSAN PENGAMBILAN
    BIL. DEFINISI PERKATAAN PENERANGAN
    1. Call Circular Garis Panduan Permohonan Pengisian Kekosongan Jawatan

     

    BIL. SINGKATAN PENERANGAN
    1. CFS Contract for Service (CFS):-
    CFS tidak mengguna pakai sebarang skim perkhidmatan, gred jawatan, kadar gaji serta sebarang peraturan sebagaimana yang ditetapkan dalam Perkhidmatan Awam. Pelantikan CFS dipohon kepada Kementerian Kewangan bagi menetapkan syarat-syarat perkhidmatan yang tertentu.
    2. COS Contract Of Service (COS):-
    COS mengguna pakai skim perkhidmatan, gred dan kadar gaji sebagaimana yang ditetapkan di dalam Perkhidmatan Awam. Kaedah pembayaran dibuat dengan menggunakan peruntukan OS11000 / OS29000. Bagi kaedah pembayaran, terdapat dua (2) jenis peruntukan yang diguna pakai iaitu:

    I. Peruntukan OS11000 – Lantikan kontrak yang menggunakan peruntukan OS11000 mengguna pakai perjawatan sedia ada. Urusan pengisian tertakluk kepada Pihak Berkuasa Melantik seperti skim perkhidmatan gunasama yang dilaksanakan oleh Bahagian Perkhidmatan di JPA.

    II. Peruntukan OS29000 – Lantikan kontrak di bawah OS29000 tidak mengguna pakai perjawatan sedia ada. Walaubagaimanapun, lantikan tersebut bersandarkan kepada skim perkhidmatan dan gred jawatan serta kadar gaji yang digunakan dalam Perkhidmatan Awam. Sebarang pewujudan di bawah OS29000 perlu merujuk kepada Bahagian Pembangunan Organisasi untuk pertimbangan.
     
    3. eCR Sistem Change Request:-
    Sistem Change Request (eCR) dibangunkan bagi memudahkan pengguna Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) membuat aduan berkaitan sistem yang digunakan di SPA. Sistem ini merekodkan semua urusan penyelenggaraan aduan dan segala pemakluman berkaitan aduan melalui e-mail yang dijana secara automatik. Sistem eCR juga menjana beberapa laporan yang berkaitan untuk kegunaan dan rujukan bahagian-bahagian dan ianya boleh dicetak. Sistem ini turut membenarkan pengguna untuk menyemak status aduan lama dan baru yang telah dilaksanakan.
    4. eKS Sistem Kertas Suruhanjaya Elektronik :-
    Sistem yang digunakan untuk memaparkan kertas-kertas pertimbangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
    5. eSISRAF Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam: -
    Sistem yang diselia oleh MQA ( Agensi Kelayakan Malaysia) bagi menyemak status pengiktirafan Kerajaan untuk tujuan perlantikan perkhidmatan awam.
    5. eSMSM Sistem Mengambil Sepanjang Masa Elektronik :-
    Sistem Mengambil Sepanjang Masa (SMSM) telah dibangunkan sejak tahun 1996 bagi memenuhi keperluan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) untuk menjalankan fungsi lantikan ke perkhidmatan awam. SMSM merupakan satu sistem pengurusan pengambilan kakitangan ke perkhidmatan awam yang bersepadu. Sistem ini merangkumi keseluruhan proses urusan pengambilan bermula daripada proses pendaftaran calon hingga ke proses tawaran.
    6. eTapis Tapisan keutuhan melalui 6 agensi (SPRM/ JPA/ Insolvensi/ JPN/ PDRM/ CGSO/AADK) berkaitan Semakan Kewarganegaraan, Bangkrup, Rekod Jenayah, Rasuah, Dadah, Tatatertib Buang Kerja
    7. eVetting Permohonan tapisan keselamatan kepada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan
    8. JPA Jabatan Perkhidmatan Awam
    9. JSKT Jawatan Sementara Kontrak Tetap (15 tahun)
    10. KPSU Ketua Penolong Setiausaha
    11. KPT Ketua Pembantu Tadbir
    12. LFM Lembaga Farmasi Malaysia
    13. LT Lantikan Terus : -
    Calon yang belum berkhidmat di Kementerian/ Jabatan sebagai Tetap/ Sementara/ COS/CFS/ PSH
    14. LTD Lembaga Temu Duga :-
    Lembaga Temu Duga terdiri daripada Panel-panel yang dilantik untuk menjalankan urusan temuduga sesuatu perjawatan berdasarkan permohonan Kementerian/Jabatan.
    15. MMC Malaysia Medical Council ( MQA) / Majlis Perubatan Malaysia :-
    Antara fungsi Majlis Perubatan Malaysia adalah untuk memastikan standard tertinggi etika, pendidikan serta amalan perubatan, bagi menjaga kepentingan pesakit, masyarakat serta profesion melalui pelaksanaan Akta Perubatan 1971 secara adil dan berkesan.
    16. MQA Malaysian Qualifications Agency (MQA) / AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA :-
    Agensi Kelayakan Malaysia atau MQA adalah badan berkanun di Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Kelayakan Malaysia 2007 untuk memberi akreditasi program akademik yang disediakan oleh institusi pendidikan yang menyediakan pendidikan pasca menengah atau lebih tinggi dan memudahkan pengiktirafan dan artikulasi kelayakan
    17. MyGIM Aplikasi permarkahan temu duga :-
    Antara objektif MyGIM ialah menyediakan platform kepada Pengerusi / Wakil Jabatan untuk membuat pengisian markah temu duga secara online,mempercepatkan proses penghantaran perakuan secara online dan Proses pemarkahan dibuat secara telus dan sistematik.
    18. PB Perkara Berbangkit : -
    Urusan / perkara berbangkit yang memerlukan pertimbangan/keputusan hasil daripada Mesyuarat Suruhanjaya SPA.
    19. PBM Pihak Berkuasa Melantik
    20. PG Bahagian Pengambilan
    21. PK Bahagian Pengambilan Khas
    22. PLP Penyata Lembaga Permulaan : -
    Kertas Cadangan yang disediakan untuk menetapkan asas tapisan pemilihan calon mengikut keperluan Kementerian/ Agensi.
    23. PPA Pegawai Perhubungan Awam
    24. PPT Penolong Pegawai Tadbir
    25. PSB Pegawai Sedang Berkhidmat : -
    Penjawat Awam yang sedang berkhidmat dengan Jabatan/Agensi/Kementerian dibawah Kerajaan Malaysia secara tetap atau kontrak.
    26. PSH Pegawai Sambilan Harian : -
    Pekerja Sambilan Harian (PSH) melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3, Tahun 2011 (Dasar dan Prosedur Pengambilan Pekerja Sambilan Harian), membawa maksud seseorang pekerja yang diambil untuk melaksanakan sesuatu tugas secara harian bagi melaksanakan tugas-tugas yang bersifat projek/program, ad hoc atau tugas bermusim (seasonal)
    27. PSL Peningkatan Secara Lantikan : -
    Pegawai yang telah lulus peperiksaan khas yang ditetapkan dan boleh dinaikkan pangkat namun masih perlu menjalani tapisan temuduga yang sama bersama calon PSB(Pegawai sedang Berkhidmat) dan Orang Awam.
    28. PSU Penolong Setiausaha
    29. PSUK Pejabat Setiausaha Kerajaan
    30. PT Pembantu Tadbir
    31. SPA Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
    32. STP Sistem Tawaran Pelantikan
    33. SU Setiausaha
    34. SUB Setiausaha Bahagian
    35. Tapisan Akhir Tapisan yang melibatkan CGPA/ Bidang/ Umur/ Jantina yang diperlukan oleh Kementerian/ Jabatan
    36. Tapisan Awal Tapisan mengikut skim perkhidmatan
    37. TK Tingkat Keutamaan / Ranking
    38. TSU(R) Timbalan Setiausaha (Pengambilan)

  • URUSAN PENDAFTARAN
    BIL. DEFINISI PERKATAAN PENERANGAN
    1. SPA8i Borang permohonan pekerjaan dalam talian untuk memasuki perkhidmatan awam

     

    BIL. SINGKATAN PENERANGAN
    1. eSMSM Sistem Mengambil Sepanjang Masa Elektronik
    2. KIV Dalam Pemerhatian
    3. PG Bahagian Pengambilan, SPA
    4. PK Bahagian Pengambilan Khas, SPA
    5. PM Bahagian Pengurusan Maklumat, SPA
    6. SPADATA SPA Database