Breadcrumb Breadcrumb

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

Hadir Temu Duga

  • Semasa hadir temu duga:

    1. Anda dikehendaki membawa bersama dokumen-dokumen ASAL dan SALINAN semasa temu duga serta DISUSUN mengikut turutan seperti berikut:

      1. Resume bergambar
      2. Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
      3. Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan Ibu/Bapa; (jika berkenaan)
      4. Sijil SPM / Sijil SPM(V) atau setaraf
      5. Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM; (jika berkenaan)
      6. Sijil STPM /Sijil STAM / Sijil Matrikulasi / Skrol dan transkrip bagi pemegang Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Sarjana / Doktor Falsafah / Surat Pengesahan Kelulusan Tamat Belajar yang diluluskan oleh Senat daripada pusat-pusat pengajian tinggi. Calon adalah dimohon untuk menyediakan terjemahan transkrip dalam Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris bagi yang menggunakan bahasa lain. (jika berkenaan)
      7. Ijazah pertama & transkrip bagi calon yang memiliki Sarjana / Doktor Falsafah
      8. Slip Keputusan Peperiksaan Khas (Peningkatan Secara Latihan) bagi pegawai sedang berkhidmat; (jika berkenaan)
      9. Surat tawaran biasiswa bagi pemegang biasiswa JPA; (jika berkenaan)
      10. Sijil-sijil lain yang berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain; (jika berkenaan)
      11. Sijil kegiatan luar; (Dokumen Asal Sahaja)
      12. Sijil Pendaftaran Calon Kurang Upaya/Surat pengesahan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia/Program Kesejahteraan Rakyat; (jika berkenaan)
      13. Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan, LNPT terkini, Surat Perakuan Ketua Jabatan (seperti di pautan http://www.spa.gov.my/web/guest/pegawaisedangberkhidmat) dan slip gaji terakhir untuk pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam sahaja.
    2. Anda dikehendaki :
      1. MELENGKAPKAN resume di pautan myResume
      2. MEMUAT NAIK sijil akademik (SPM, STPM / STAM / Sijil Matrikulasi / Skrol dan Transkrip bagi pemegang Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah jika berkaitan) SEBELUM MENGHADIRI TEMU DUGA pada tarikh yang telah ditetapkan.
      3. MENYEMAK pengiktirafan akademik (Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / Doktor Falsafah jika berkaitan) untuk lantikan ke perkhidmatan awam di pautan http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm dan MELAMPIRKAN cetakan status pengiktirafan semasa menghadiri temu duga.
    3. Kegagalan mengambil tindakan seperti perkara 1 dan 2 serta mengemukakan maklumat palsu boleh menjejaskan pertimbangan Suruhanjaya untuk lantikan.
    4. Anda dikehendaki berpakaian sopan semasa menghadiri temu duga.
    5. Keputusan temu duga boleh diketahui 30 hari dari tarikh akhir temu duga dengan melayari Portal Rasmi SPA atau aplikasi mobile mySPAv2.
Pertanyaan Melalui E-mel