Breadcrumb Breadcrumb

KONSTABEL GRED YA 1 KONSTABEL GRED YA 1

KONSTABEL GRED YA 1

KLASIFIKASI : KONSTABEL (LELAKI / WANITA)
KUMPULAN PERKHIDMATAN : SOKONGAN
GRED GAJI / JAWATAN : YA 1
JADUAL GAJI :
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM 1,014.00 RM 3,517.00 RM 100.00
SYARAT LANTIKAN : Skim Perkhidmatan bagi jawatan Konstabel  yang dikeluarkan melalui:
  1. Surat Perlaksanaan Pindaan Skim Perkhidmatan Dalam Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia rujukan JPA(S)(BPO) 324/14/6-1 Jld.25(51) bertarikh 29 Oktober 2013; dan
  2. Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimun Bagi Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia Di Bawah Sistem Saraan Malaysia rujukan JPA.SARAAN(S)256/21/17-6 Jld.4 bertarikh 29 Oktober 2013.

Kelonggaran syarat tambahan yang diperolehi daripada JPA bagi urusan pengambilan dalam PDRM sepertimana surat JPA rujukan: JPA.BPO(S)234/14/6-1 Jld.26 (6) s.k (6) bertarikh 30 April 2014.

  1. Terdiri dari Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA);
  3. Kelayakan Akademik:
    1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
      [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1]; dan
    2. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    3. Kelayakan Fizikal:

      Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

      1. Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
      2. Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
      3. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
      4. Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
      5. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa atau dengan menggunakan alat bantuan (menggunakan cermin mata atau kanta lekap);
      6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
      7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).