Breadcrumb Breadcrumb

KONSTABEL SOKONGAN GRED YT 1 KONSTABEL SOKONGAN GRED YT 1

KONSTABEL ORANG ASLI GRED YTS 1

KLASIFIKASI : KONSTABEL (LELAKI / WANITA)
KUMPULAN PERKHIDMATAN : SOKONGAN
GRED GAJI / JAWATAN : YTS 1
JADUAL GAJI :
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM 966.00 RM 2,663.00 RM 85.00
SYARAT LANTIKAN : Skim Perkhidmatan bagi jawatan Konstabel Orang Asli yang dikeluarkan melalui:
  1. Surat Perlaksanaan Pindaan Skim Perkhidmatan Dalam Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia rujukan JPA(S)(BPO) 324/14/6-1 Jld.25(51) bertarikh 29 Oktober 2013; dan
  2. Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimun Bagi Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia Di Bawah Sistem Saraan Malaysia rujukan JPA.SARAAN(S)256/21/17-6 Jld.4 bertarikh 29 Oktober 2013.

Kelonggaran syarat tambahan yang diperolehi daripada JPA bagi urusan pengambilan dalam PDRM sepertimana surat JPA rujukan: JPA.BPO(S)234/14/6-1 Jld.26 (6) s.k (6) bertarikh 30 April 2014.

  1. Terdiri dari Warganegara Malaysia yang berasal dari kaum Orang Asli (mengikut tafsiran Akta Orang-orang Asli 1974);
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh tutup iklan;
  3. Kelayakan Akademik:
    1. Lulus Penilaian Menengah Rendah /Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
      [Gaji permulaan ialah pada Gred YTS1]; dan
    2. Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    3. Kelayakan Fizikal:

      Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

      1. Tinggi sekurang-kurangnya 157 sm (lelaki) dan 152 sm (wanita) tanpa bersepatu;
      2. Berat badan sekurang-kurang 47.6 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 46.2 kg;
      3. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
      4. Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
      5. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa atau dengan menggunakan alat bantuan (menggunakan cermin mata atau kanta lekap);
      6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
      7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).