Definisi : Pertukaran Sementara adalah pelantikan seseorang pegawai ke perkhidmatan yang lain di bawah perenggan (a), (b), (c), (d) dan (h) Fasal (1) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan atau pelantikan ke suatu jawatan dalam skim perkhidmatan yang lain di bawah Pihak Berkuasa Melantik yang sama untuk tempoh tertentu tanpa memutuskan ikatan pegawai dengan perkhidmatan terdahulunya.
Definisi : Peminjaman adalah pelantikan seseorang pegawai perkhidmatan di bawah perenggan (a), (b), (c), (d), dan (h) Fasal (1) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan ke:
perkhidmatan di bawah perenggan (g) Fasal (1) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan;
pihak berkuasa berkanun;
pihak berkuasa tempatan; dan
mana-mana organisasi di dalam atau luar Malaysia
Untuk tempoh tertentu tanpa memutuskan ikatan pegawai dengan perkhidmatan terdahulunya termasuk pelantikan pegawai di bawah perenggan (f) Fasal (1) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan ke perkhidmatan pihak berkuasa berkanun, pihak berkuasa tempatan atau organisasi di dalam atau di luar Malaysia.
Peraturan/Pekeliling/Surat Pekeliling Berkaitan:
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008;
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002;
Amalan-amalan Suruhanjaya (Ruling);
Waran perjawatan;
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005];
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012]; dan