Breadcrumb Breadcrumb

Perkhidmatan Utama Perkhidmatan Utama

Urusan Pengambilan

  • Urusan Pengambilan Ke Perkhidmatan Awam [Bahagian Pengambilan]
    Urusan pengambilan bermula dengan permohonan yang diterima melalui Borang PG-SPA dari Kementerian/Jabatan. Terlebih dahulu, status calon simpanan jawatan yang dipohon akan disemak dan tawaran akan dibuat kepada calon simpanan jika ada. Seterusnya proses yang terlibat adalah proses pemerolehan calon dari Bank Data Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, penyediaan Penyata Lembaga Permulaan (PLP), urusan temu duga, penyediaan Kertas Suruhanjaya dan kemudian proses tawaran kepada calon yang berjaya.

  • Sistem Mengambil Sepanjang Masa (eSMSM) [Panduan SMSM...]
    Urusan pengambilan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia kini menggunakan sistem berkomputer sepenuhnya, yang dikenali sebagai Sistem Mengambil Sepanjang Masa, atau ringkasannya SMSM. Sistem ini diperkenalkan dalam bulan Januari 1997. Di bawah SMSM, permohonan jawatan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun. SMSM memudahkan urusan pendaftaran permohonan, tapisan, penyenaraian calon lantikan dan simpanan, penjadualan temu duga, penentuan tempat temu duga dan tawaran jawatan. Di bawah sistem ini pemohon boleh mengemukakan permohonan secara online di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

  • Jawatan Yang Dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia [Selanjutnya...]
    Maklumat mengenai deskripsi senarai jawatan seperti deskripsi tugas, syarat lantikan, kod skim, gred, gaji mula, imbuhan tetap khidmat awam (ITKA), imbuhan tetap perumahan dan bantuan sara hidup (COLA) yang boleh dipohon oleh calon mengikut kelayakan berikut:
    1. Ijazah/Sarjana/PHD
    2. Diploma/STP/STPM/STAM/HSC
    3. Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia
    4. SPM/SVM/SKM/Sijil
    5. PMR/PT3
    6. Kelayakan Bakat
    7. Latihan Separa Perubatan

  • Bagaimana Untuk Memohon [Selanjutnya...]
    Warganegara Malaysia yang berkelayakan boleh memohon jawatan-jawatan kosong dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Awam Bersama yang am bagi Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perlis menggunakan Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) yang disediakan di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

  • Semakan Online
    Maklumat mengenai jadual temu duga/peperiksaan dan keputusan temu duga/peperiksaan boleh dicapai melalui Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia atau aplikasi mobile mySPAv2 atau mySMS 15888 sepanjang masa.

    Calon boleh juga menyemak melalui pautan Penjadualan & Keputusan

  • Hari Khas SPA Bersama Pelanggan [Selanjutnya...]
    Hari Khas SPA Bersama Pelanggan merupakan satu langkah dalam mewujudkan budaya layanan mesra pelangga di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dan memberi peluang kepada orang ramai dan penjawat awam mendapat maklumat secara terus mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Urusan Perkhidmatan