Breadcrumb Breadcrumb

Perutusan Setiausaha Perutusan Setiausaha

Perutusan Setiausaha

 
YBhg. Dato' Zainal Abidin bin Ahmad

YBhg. Dato' Zainal Abidin bin Ahmad
SETIAUSAHA
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
 

Terlebih dahulu saya ucapkan Selamat Datang ke Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Sejajar dengan perkembangan semasa yang menekankan kepada penggunaan ICT dalam urusan seharian, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) komited bagi menyediakan Portal yang mesra pengguna dalam penyampaian perkhidmatannya.

SPA menyedari bahawa pelanggan bukan sahaja berkehendakkan penyampaian perkhidmatan yang efisien tetapi juga cepat dan mudah dicapai pada bila-bila masa dari mana-mana jua. Urusan dengan SPA kini tidak lagi terhad kepada waktu pejabat semata-mata. Ini adalah kerana Portal ini menyediakan pelbagai perkhidmatan di antaranya seperti Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i), Semakan Status Permohonan, Semakan Urusan Perkhidmatan, ePertanyaan dan sebagainya.

SPA juga telah berjaya melakar sejarah apabila mendapat Penarafan Portal Lima (5) Bintang dalam penilaian yang dibuat oleh Multimedia Development Corporation (MDeC) daripada 622 Portal / Laman Web yang telah dinilai. Pencapaian ini adalah amat membanggakan SPA kerana dicapai melalui usaha dalaman pegawai-pegawai ICT dan warga SPA seluruhnya tanpa bantuan pihak perunding swasta. Para pengunjung juga dialu-alukan untuk mengemukakan sebarang cadangan dan pandangan penambaikan portal.

Saya berharap portal ini mampu menjadi satu wadah memudahkan orang ramai berurusan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia selaras dengan motto Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia iaitu Mudah, Cepat dan Tepat. Dengan itu, selamat melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.