Berapa kali sesi pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan ? Sesi pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan dijalankan 2 kali setahun (sesi kemasukan Januari dan Julai).
Di manakah tempat Latihan Separa Perubatan ? Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kolej Swasta yang diiktiraf oleh kerajaan.
Berapa lama tempoh Latihan Separa Perubatan ? Sijil - 2 ½ tahun Diploma - 3 tahun
Saya seorang pegawai yang sedang berkhidmat sebagai penjawat awam. Adakah saya boleh memohon untuk mengikuti latihan separa perubatan ? Boleh dengan memohon permohonan sebagai Pegawai Sedang Berkhidmat di Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) asalkan tidak melebihi umur 38 tahun dari tarikh permohonan.