Breadcrumb Breadcrumb

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

Suara Anda - Tahun 2017

Senarai yang dipaparkan ini adalah pendapat/ cadangan/ pertanyaan orang awam yang telah dikemukakan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Setiap pendapat/ cadangan/ pertanyaan yang telah diambil tindakan akan dipaparkan di ruangan ini. Terima kasih di atas sokongan anda.

 
BIL. PENGGUNA PENDAPAT / CADANGAN / PERTANYAAN MAKLUM BALAS / TINDAKAN
1. Gobril Marcos Anak Gundah Salam sejahtera. Saya yang bernama di atas merujuk kepada masalah berkenaan. Kenapa setiap kali saya cuba memohon dan mengemaskini akaun SPA langsung tidak memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak tuan walhal saya seringkali mengemaskini akaun SPA terutamanya bagi jawatan pembantu kesihatan awam dan pembantu pembedahan pergigian. Ini sudah kali kesepuluh saya memohon jawatan ini, tetapi tidak memenuhi syarat sedangkan separa perubatan ini memenuhi syarat seperti dalam sijil akademik saya. Saya sangat hairan. Saya berharap sangat-sangat agar kali ini pihak tuan mempertimbangkan masalah ini. Setiap kali ada masalah sebegini, mesti saya membuat kritikan melalui saluran ini beberapa kali. Terima kasih. Salam sejahtera,

Pertanyaan saudara dirujuk dan berdasarkan semakan ke atas pengkalan data, pihak kami mendapati saudara tidak mememuhi syarat 3 tahun berkhidmat dan ini merupakan punca utama suadara gagal tapisan awal. sehubungan dengan itu, mohon saudara mohon semula apabila memenuhi syarat tersebut nanti. Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian 082-240011.

Sekian, terima kasih.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Cawangan Sarawak
2. FAIZAL BIN MARHAN Untuk makluman saya telah menghadiri Ujian Fizikal untuk jawatan pegawal keselamatan kp11 yg telah diadakan pada hari ini 13 feb 2017 d Pejabat Ketua Pengawal Keselamatan Kerajaan Malaysia dan saya telah lulus semua ujian saringan bmi,pancaindera, dan hampir lulus keseluruhan namun begitu apabila pegawai berkenaan mendapati saya mempunyai jari yang lebih,saya terus digagalkan setelah mereka berbincang.Dengan alasan ketidasempurnaan anggota badan bagi saya ini satu DISKRIMINASI.Adakah ini dikira sebagai cacat atau tidak sempurna kerana sepengetahuan saya cacat atau tidak sempurna adalah kurang anggota tubuh badan. Ini adalah panggilan pertama saya selama 20 tahun dan agak berkecil hati dengan isu ini. Sekiranya berjari lebih dianggap ketidaksempurnaan tubuh badan dan boleh digagalkan, bolehkira ditambah didalam syarat-syarat menghadiri temuduga.Oleh demikian,tidaklah yang senasib seperti saya akan menerima atau memohon jawatan sepatutnya.

Kerjasama dari pihak tuan saya dahulukan ucapan terima kasih
Assalamualaikum tuan,

Untuk makluman tuan seperti yang telah diberitahu oleh Ketua Penguji untuk jawatan KP11 adalah benar.

Sememangnya kelebihan anggota jari atau kekurangan anggota badan adalah termaktub di dalam cacat anggota badan kerana ianya tidak seperti anggota badan yang sempurna.

Syarat ini digunapakai untuk semua jawatan beruniform termasuklah jawatan Pegawai Keselamatan KP11.

Untuk cadangan yang telah pihak tuan berikan supaya ditambah dalam syara-syarat temuduga pihak SPA akan mempertimbangkan hal tersebut.

Walaubagaimanapun pihak SPA mengucapkan ribuan terima kasih diatas kehadiran tuan menjalani ujian fizikal dan pancaindera bagi jawatan KP11 ini.

Sekian, terima kasih.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
3. SITI NORSHAHEERA BINTI MAT SAAT saya hadir semasa pemeriksaan fizikal yang dijalankan pada tarikah 17/2/2017 di dataran batu buruk kuala terengganu pada hari berkenaan bagi jawatan kp11. persoalannya?? kenapa dalam semakan pemohon spa menyatakan tidak hadir semasa ujian pemeriksaan? Adakah ini semua main dalam ketelusan menjalankan perkerjaan yang di amanahkan. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Puan,

Pada 17/2/2017 puan hadir ke ujian fizikal dan kecergasan bagi jawatan KP11 namun puan dimaklumkan oleh Ketua Penguji untuk tidak meneruskan Ujian Fizikal disebabkan faktor puan mengandung 7 bulan.

Justifikasi mengapa pihak SPA menyatakan bahawa Puan tidak hadir ujian tersebut kerana Puan tidak langsung menjalani ujian fizikal tersebut dan SPA mengklasifikasikan puan sebagai calon tidak hadir Ujian Fizikal tersebut.

Namun jika Puan masih berminat mengenai jawatan ini, Puan digalakkan untuk memohon dan seterusnya memastikan borang SPA8i berada dalam tempoh sah laku hanya 1 tahun sahaja.

SPA tidak akan menyenaraihitamkan calon yang tidak hadir peperiksaan, ujian fizikal mahupun assessment centre.

Dharapkan penjelasan ini dapat merungkaikan pertanyaan puan diatas,

Sekian, terima kasih.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
4. MARIATI BINTI SAMAT Salam sejahtera,

Saya mencadangkan agar pilihan untuk memadam rekod permohonan SPA atas talian secara kekal diwujudkan agar tiada jemputan menghadiri peperiksaan/pusat penilaian/temu duga dihantar kepada calon-calon yang tidak lagi berminat. Saya ambil maklum rekod permohonan perlu dikemaskini dalam tempoh setahun daripada tarikh permohonan, tetapi dalam tempoh itu juga, panggilan daripada SPA tetap dikeluarkan. Sila pertimbangkan cadangan saya ini.

Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum...

Adalah dimaklumkan bahawa tempoh sah laku permohonan SPA8i adalah setahun. Sekiranya calon tidak mengemaskini permohonan selepas tarikh sah laku, calon tidak akan dipanggil/ditapis untuk temuduga seterusnya.

Sekian, terima kasih.
5. NURUL BAIDAH BINTI MOHD ZAINAL Salam sejahtera.

Seperti yang dinyatakan di atas. Apakah yang perlu saya lakukan jika institusi yang mengeluarkan sijil tiada dalam senarai?

saya adalah graduan Physiotherapy daripada Meenakshi College,India.

yang ada di dalam senarai adalah Meenakshi Ammal Dental College & Hospital.

Untuk pengetahuan Tuan/Puan, ia sebenarnya university yang sama cuma berlainan department.
Assalamualaikum.

Semak dahulu pengiktirafan kelayakan bagi diploma/sijil yang dimiliki dengan klik kepada pautan eSisraf Sistem Pengiktirafan Kelayakan dalam Portal Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di https://app.mohe.gov.my/iktiraf . Masukan nama Institusi dan pilih medan pengkhususan yang disenaraikan oleh KPT dalam medan yang disediakan dalam Sistem eSisraf tersebut.

Sebagai peringatan, sekiranya diploma/sijil yang anda perolehi masih belum diiktiraf oleh Kerajaan bagi maksud lantikan dalam perkhidmatan awam (iaitu ijazah/diploma/sijil tiada dalam eSisraf), sila berhubung dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengenai pengiktirafan tersebut. Puan tidak dibenarkan mengisi bidang pengkhususan dari institusi yang masih belum diiktiraf kerajaan bagi maksud pelantikan dalam perkhidmatan awam dalam Borang SPA8i ini.

Bidang kuasa pengiktirafan bidang atau kelulusan institusi pengajian tinggi adalah terletak di bawah bidang Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), bukan SPA. Syarat lantikan ke perkhidmatan awam pula memerlukan bidang atau kelulusan institusi berkenaan diiktiraf oleh KPT.

Sehubungan itu, untuk pertanyaan lanjut berkaitan pengiktirafan, puan boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (Pengurusan Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan Tinggi ditalian 03-8870 4308/ 6700 / 5199 / 5260 atau e-mel:recognition@mohe.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.
6. JAREH JERRY BIN MANGINDA SALAM HORMAT, SALAM SEJAHTERA TUAN/PUAN.

SAYA TERFIKIR MEMBERIKAN CADANGAN KEPADA PIHAK SPA / JPA BAGI MEMBANGUNKAN DATA GRADUAN SISWAZAH BAGI SELURUH WARGANEGARA MALAYSIA YANG TELAH BERGELAR SISWAZAH ATAU BERKELULUSAN.

BUAT MASA INI, DATA SEMAKAN SISWAZAH HANYA DAPAT DISEMAK MELALUI IPTA/IPTS MASING-MASING. OLEH ITU, ADALAH LEBIH BAIK JIKA DIBANGUNKAN DATA BERPUSAT BAGI SEMAKAN SISWAZAH INI MELALUI SPA / JPA. CONTOHNYA, BAIKNYA ADA PAUTAN CARIAN SENARAI SISWAZAH DALAM LAMAN WEB SPA ATAU JPA.

SETERUSNYA, SEKIRANYA PEMOHON PEKERJAAN DALAM ONLINE SPA, HANYA MEMASUKKAN NO. K/P MAKA DIPAPARKAN MAKLUMAT AKADEMIK BAGI SI PEMOHON PEKERJAAN TERSEBUT.

BAGI MENGUMPULKAN DATA SISWAZAH INI, SEMUA LEPASAN IPTA/IPTS PERLULAH WAJIB MENGISI MAKLUMAT DAN UPLOAD SIJIL KELULUSAN MASING-MASING YANG DISAHKAN BENAR.

BAIK JUGA, JIKA DATA INI DIAMBIL DARI DATA PMR/SPM.

KEBAIKAN DARI CADANGAN INI, MEMUDAHKAN PENCARIAN DAN PENGESANAN YANG TEPAT TENTANG SESEORANG SISWAZAH. SELAIN ITU, KES-KES PENIPUAN SIJIL KELULUSAN JUGA DAPAT DIELAKKAN.

INI SATU INOVASI BAGI MEMANTAPKAN DATA SISWAZAH DI MALAYSIA IAITU MELALUI DATA BERPUSAT GRADUAN SISWAZAH MALAYSIA.

SEKIAN CADANGAN SAYA. TERIMA KASIH.
Salam Sejahtera,

Pihak SPA mengucapkan terima kasih atas cadangan yang diberikan dan akan dipertimbangkan untuk penambahbaikan urusan-urusan di SPA di masa akan datang.

SPA
7. MOHD FADZIL BIN MOHD YUSOFF Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Merujuk kepada perkara di atas.

Saya Mohd Fadzil bin Mohd Yusoff dari Melaka ingin memberikan pendapat terhadap sistem tapisan CGPA bagi sesuatu urusan pengambilan calon untuk sesuatu jawatan kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) Gred 41 bagi pegawai sedang berkhidmat.

Persoalan :

Pihak SPA ada membuat tapisan bagi beberapa jawatan di dalam Pengurusan dan Profesional (P&P), saya ada terlibat dalam beberapa jawatan yang dilaksanakan urusan tapisan. Malangnya saya tidak melepasi tapisan semasa SPA.

Cadangan :

Saya mencadangkan agar syarat CGPA bagi pegawai yang sedang berkhidmat diturunkan agar kami dapat berpeluang dalam sesuatu urusan tapisan tersebut. Bagi kami yang menyambung pengajian secara PJJ, lebih-lebih lagi menggunakan wang sendiri, amatlah wajar jika kami diberi peluang untuk mencuba nasib dalam sesuatu urusan tapisan jawatan gred 41 tersebut.

Saya memohon jasa baik pengursan Tapisan SPA dan Kementerian/ Jabatan agar tapisan CGPA bagi kami yang sedang berkhidmat ini diturunkan agar mendapat peluang mengambil bahagian dalam urusan pengambilan yang dibuat. Jika masih pihak SPA mengekalkan CGPA yang tinggi alamatnya kami yang CGPA rendah ini tiada peluang untuk ambil bahagian.

Tidak mustahil CGPA yang rendah ini adalah calon yang sesuai utk mengisi kekosangan gred 41. Pengalaman yang ada perlu juga di ambil kira semasa tapisan dibuat. Pihak SPA perlulah membuat sesuatu pembaharuan dalam proses tapisan calon bagi pegawai yang sedang berkhidmat.

Sekian, terima kasih.

MOHD FADZIL BIN MOHD YUSOFF
Melaka
Tuan,

Berkaitan dengan perkara tersebut, tuan boleh memohon jawatan yang diminati dan bersesuaian. Namun walaubagaimanapun, proses tapisan bagi kelayakan calon adalah tertakluk kepada pengisian dan kehendak jabatan/kementerian tersebut. Keperluan pada masa urusan pengambilan tersebut dilaksanakan dan ianya tidak statik dan akan berubah terhadap urusan pengambilan yang lain walaupun bagi urusan perjawatan yang sama.Tuan boleh merujuk pada maklumat mengenai kesesuaian jawatan yang dipohon dengan kelulusan akademik boleh didapati di ruangan Maklumat Jawatan (Gaji/Syarat Lantikan/Deskripsi Jawatan).

Proses tapisan hanya akan dijalankan setelah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia menerima laporan pengisian kekosongan jawatan dari Kementerian/Jabatan. Pemohon yang melepasi tapisan semasa akan dipanggil oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia bagi menghadiri ujian/ temu duga berdasarkan jawatan yang dipohon.