April 2013 - Aktiviti 14

  • Pertandingan Hafazan Ayat-Ayat Al Quran Peringkat S.P.A


    S.P.A 17 April ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah menganjurkan Pertandingan Hafazan ayat-ayat lazim Al-Quran. Pertandingan yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan telah diadakan di Dewan Temu Duga dan disertai oleh 17 peserta dari kalangan Warga S.P.A. Turut hadir menyaksikan dan menyampaikan hadiah kemenangan, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Johan bagi kategori wanita dimenangi oleh Puan Maifuza Abdul Malik dari Bahagian Naik Pangkat dan Tatatertib manakala Johan bagi kategori lelaki disandang oleh Encik Mohd Harmizi Raimi. Pertandingan yang pertama kali diadakan di S.P.A telah diadili oleh Ustaz Mohd Nazir Mat Yunoh (Tajwid), Pensyarah Pengajian Islam Kolej Poly-tech MARA, Ustaz Mohd Shazerri Che Daud (Kelancaran), Guru Agama Sekolah Kebangsaan Presint 14 dan Encik Ameer Azeezy Tuan Abdullah (Suara)-PSU (PG)---- MediaSPA

Aktiviti14

Aktiviti14

Aktiviti14