Julai 2014 - Aktiviti 8

  • Seminar Tip Dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam Beri Manfaat - Datuk Ramli Juhari

    PUTRAJAYA 6 Julai ----- Setiausaha S.P.A Datuk Ramli Juhari berkata, maklumat yang diberi oleh pegawai-pegawai S.P.A pada seminar outreach amat penting dan memberi manfaat kepada peserta untuk menghadapi temu duga yang dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Beliau berkata demikian kepada peserta outreach di majlis perasmian Tips dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam di Putrajaya semalam. Menurutnya lagi, selain itu peserta juga diberi maklumat mengenai teknik bagaimana untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan yang dianjurkan oleh S.P.A. Turut hadir Pengarah ASPA, Mohamad Nazmi Ismail. Terdahulu dari itu Datuk Ramli Juhari turut bertanya khabar kepada calon-calon yang hadir untuk sesi temu duga. Seramai 32 orang calon memilih untuk menjalani sesi itumu duga jawatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional (PPLV) pada hari Sabtu. ----- MediaSPA

Aktiviti8

 

Aktiviti8

 

Aktiviti8

 

Aktiviti8

 

Aktiviti8

 

Aktiviti8

 

Aktiviti8