Jun 2012 - Aktiviti 12

  • Perjumpaan Khas Tan Sri Mahmood Adam Dengan Media Massa/Elektronik Berbahasa Cina

    SPA 20 Jun ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan sidang media dan perjumpaan khas bersama media massa/elektronik berbahasa Cina. Perjumpaan yang diadakan di bilik Mesyuarat Suruhanjaya turut dihadiri Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Segarajah Ratnalingam, Ahli Suruhanjaya Encik Boon Jon Lin, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia, Setiausaha Bahagian Perkhidmatan, Puan Chan Hong Jin dan Penolong Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas, Puan Lim Irene. Perjumpaan khas YBhg. Tan Sri Pengerusi dengan media berbahasa Cina tersebut adalah bertujuan untuk memberikan maklumat dan memohon bantuan pihak media supaya dapat menghebahkan tentang kemudahan,faedah,gaji dan jawatan-jawatan yang ditawarkan dalam perkhidmatan awam seterusnya menarik minat kaum Cina untuk berkhidmat dalam sektor awam. ----- MediaSPA

Aktiviti1