Jun 2013 - Aktiviti 20

  • Perjumpaan Tan Sri Mahmood Adam Bersama Pemain Badminton Kebangsaan  
       
    SPA 27 Jun ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah meluangkan masa bersama pemain-pemain badminton kebangsaan yang juga merupakan warga S.P.A di Bahagian Pengurusan, Mohd Razif Ab Latif dan juga pemain SUKMA yang mewakili Negeri Selangor, Nur Mohd Haqiem Ayub. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam megharapkan agar mereka dapat mengharumkan nama Negara dan juga majikan mereka iaitu S.P.A. Dalam pertemuan selama 25 minit itu, Pengerusi S.P.A berbangga apabila dimaklumkan bahawa pemain kebangsaan itu telah pun menggunakan Jersi yang tertera Nama "SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM" dalam perlawanan yang telah diwakili iaitu Malaysia Open GP Gold 2013, Thailand Open GP Gold 2013, Indonesia Open Premier Siri 2013 dan Singapore Open Super Siri 2013. Jersi ini juga akan dipakai ketika mewakili Sukan Universiti Dunia 2013 yang akan berlangsung dari 6 hingga 17 Julai depan di Kazakhstan, Rusia. Di akhir pertemuan, YBhg. Tan Sri Mahmood menyatakan akan mengaktifkan Kelab Badminton S.P.A sedia ada dan satu perjumpaan bersama bekas pemain Negara, iaitu Razif Sidek serta pemain-pemain Hafiz Hashim, Zakry Latif dan Fairusizuan Tazari akan diadakan dalam jangka masa terdekat. ----- MediaSPA
Aktiviti 20