Mac 2012 - Aktiviti 15

  • Piala FA, "Satu Pengalaman Baru" - Presiden SPA FC

    KOTA BHARU 27 Mac ----- Pasukan Bola Sepak SPA FC berjaya mengekang pasukan Red Warriors daripada serangan bertubi-tubi dalam perlawanan Piala FA pusingan ke dua di Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi. Walaupun tewas dengan jaringan 0 - 2, SPA FC tetap mempamerkaan semangat juang dalam perlawanan menentang pasukan Kelantan. Pasukan Kelantan yang bermain dihadapan 15 ribu penyokongnya, juga dibarisi pemain terkemuka dan pemain import nyata tercabar dengan serangan yang dilakukan oleh pemain-pemain dari kelab Liga FAM ini. Sementara itu Presiden SPA FC YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo tetap memuji pasukan bola sepak SPA FC ”Saya berpuas hati dengan pemain-pemain pada malam ini, mereka menunjukkan kesungguhan, semangat yang berkobar-kobar untuk memenangi pertandingan ini dihadapan penyokong-penyokong Kelantan, walaupun tidak berjaya menjaringkan gol”. Ketika ditanya mengenai Liga FAM yang sedang berlangsung sekarang beliau tetap yakin bahawa pasukan SPA FC boleh menjadi juara dalam Liga FAM 2012. ”Perlawanan Piala FA ini merupakan satu pengalaman baru kepada pemain SPA FC untuk digunapakai diperingkat Liga FAM, jadi dengan pengalaman bermain di Piala FA ini, pemain-pemain boleh menimba pengalaman, untuk mencapai matlamat menjuarai Liga FAM 2012”, ujarnya. ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1