Mac 2013 - Aktiviti 16

  • "Perjumpaan Bersama Kumpulan Sokongan Setiap Bulan" --- Tan Sri Mahmood Adam

    SPA 29 Mac ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini berkata beliau akan mengadakan perjumpaan setiap bulan bersama pegawai-pegawai Kumpulan Sokongan. Beliau berkata demikian di dalam majlis perjumpaan bersama pegawai-pegawai Gred 26 ke bawah yang diadakan di Dewan Temu Duga petang tadi. Beliau juga menjelaskan bahawa perjumpaan seperti ini adalah baik seperti program Interaksi yang dilakukan oleh S.P.A pada masa kini. Antara perkara yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood ialah mengenai Transformasi S.P.A yang sedang dan telah dijalankan sekarang. Beliau juga mahu supaya kumpulan sokongan ini mengetahui dan memahami mengenai perubahan yang dilakukan dan menjelaskan perkara ini kepada orang ramai. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam juga menyarankan agar Warga S.P.A aktif dalam pelbagai aktiviti seperti sukan, lawatan dan kursus yang dianjurkan. Terdahulu dari itu, pada sebelah pagi, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah mengadakan perjumpaan bersama Kesatuan Pegawai-Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Awam Semenanjung Malaysia (KEPAK) di bilik Mesyuarat Suruhanjaya ----- MediaSPA

Aktiviti16

 

Aktiviti16

 

Aktiviti16

 

Aktiviti16

 

Aktiviti16